description
Anda mencari buku Tajwid untuk belajar, mengajar atau hanya sebagai rujukan?
Tadrib At-Tajwid merupakan buku teks yang menyeluruh, meliputi pelbagai topik secara mendalam. Ia melengkapkan pelajar dengan hukum-hukum Tajwid yang mesti diketahui sebelum mereka mula membaca Al-Qur’an. Buku teks yang berkesan buat pelajar dan rujukan yang berguna untuk para pakar.
UNTUK SIAPA?
• Pembaca yang mempunyai sedikit pendedahan terhadap Tajwid
• Mereka yang sudah biasa dengan Tajwid tetapi belum menguasainya
• Mereka yang mencari cara pembelajaran Tajwid secara sistematik berserta penerangan yang mudah
• Pelajar Tajwid berperingkat pertengahan dan lanjutan yang ingin mendalami pengetahuan mereka
PRASYARAT
• Kenal huruf-huruf Arab
• Telah melalui kursus asas membaca (Iqra’, Tilawati, Qira’ati etc.)
• Mempunyai kemahiran membaca yang memuaskan
KANDUNGAN
Cara pembelajaran Tajwid yang sistematik berserta rajah dan gambar buat mudah difahami. Mengandungi banyak latihan membaca yang boleh dipraktikan. Ia juga mengandungi topik-topik yang umumnya tidak dimasukkan dalam buku-buku Tajwid lain.
Topik-topik Asas: Makhraj & Sifat Huruf, Ta’awwudz & Basmalah, Nun & Mim Sakinah, Lam Ta’rif, Idgham, Madd, Tafkhim & Tarqiq, Hamzah Al-Wasl, Huruf Muqotho’at etc.
Topik-topik Lanjutan: An-Nabr, Tingkatan-tingkatan Ghunnah, Tingkatan-tingkatan Tafkhim, Tafkhim Nisbi, Saktah, Roum, Isymam, Tashil, Naql, Imalah, Waqf di hujung kalimat etc.
Topik-topik Bonus: Dhobt Al-Qur’an, Muqaddimah Qira’at, Riwayah, Thoriq, Sanad Qurra’. Senarai perkataan-perkataan Gharib (ganjil) & pembacaan yang tidak lazim menurut Qira’ah Hafs ‘an ‘Asim melalui Thoriq asy-Syathibiyyah.